The Day we Launched the PANTAS Building
https://www.sabahnewstoday.com/jtu-lulus-6000-permohonan-tanah-geran-akan-diserahkan-kepada-pemohon-seluruh-negeri/
https://www.sabahnewstoday.com/henti-jual-tanah-mohd-shafie/
JTU LULUS 6,000 PERMOHONAN TANAH, GERAN AKAN DISERAHKAN KEPADA PEMOHON SELURUH NEGERI
Isu Semasa, Pilihan Editorial 0 Komen
Oleh Sitti Nor Azizah Talata
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menyerahkan lebih 6,000 geran tanah yang telah diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) kepada pemohon di seluruh daerah negeri ini dalam waktu terdekat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebahagian lagi permohonan tersebut sedang dalam proses penyemakan oleh pihak JTU negeri.

“Hari ini kita menyampaikan sebanyak 3,547 geran-geran subsidiari (strata) untuk unit-unit kediaman dan komersial di kawasan Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang.
“Seperti yang kita janjikan geran tanah ini penting kepada rakyat yang menuntut sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tanah dan Ukur 2018 di Dewan Serbaguna Wisma Tanah dan Ukur di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedict; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Pengarah JTU, Datuk Safar Untong.

Mohd Shafie berkata proses kelulusan bagi setiap permohonan tanah sememangnya mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur bagi memastikan status sesuatu tanah yang dipohon itu tidak termasuk dalam senarai pewartaan atau hutan simpan.
“Kita kena meneliti dahulu tanah itu sekiranya tidak berlaku pertelingkahan atau tidak termasuk dalam hutan simpan kita akan pertimbangkan berdasarkan hak yang ada,” ujarnya.

Sementara itu, Safar dalam ucapannya berkata jabatan itu mensasarkan kutipan hasil cukai tanah pada tahun ini berjumlah RM350 juta berbanding RM312 juta pada 2018.
Katanya kutipan tersebut ia diperolehi daripada pelbagai bahagian cukai iaitu tanah, pembangunan dan ukur. – SabahNewsToday
https://www.sabahnewstoday.com/henti-jual-tanah-mohd-shafie/
HENTI JUAL TANAH: MOHD SHAFIE
Isu Semasa, Pilihan Editorial 0 Komen
Oleh Sitti Nor Azizah Talata
KOTA KINABALU: Rakyat khususnya penerima geran tanah di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menjual hak milik mereka itu semata-mata untuk mendapatkan hasil keuntungan dalam bentuk `one-off’ atau hanya sekali.
Sebaliknya, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tanah itu sepatutnya dimajukan dengan pelbagai bentuk pelaburan seperti sektor hartanah yang dapat memberikan keuntungan jangka masa panjang.

Gambar SNT/Ihsan JKM
Beliau menjelaskan kawasan tanah yang dibangunkan misalnya, dalam bidang hartanah akan dapat mempelbagaikan hasil pendapatan pemilik melalui sewaan atau jualan perumahan yang dibina oleh pemaju.
“Ada pemilik tanah ini menjual tanah mereka selepas permohonan untuk mendapatkan tanah daripada kerajaan diluluskan kerana mahukan keuntungan cepat, tapi mereka tidak pula fikir keuntungan jangka panjang.
“Sebenarnya geran-geran yang diserahkan oleh kerajaan itu untuk membantu rakyat mencari sumber pendapatan, namun ada juga yang masih mahu menjual tanah walaupun telah dinasihati dan diberi peringatan agar tidak berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Penyerahan Geran Subsidiari (Strata) di Dewan Serbaguna Wisma Tanah dan Ukur di sini hari ini.
Mohd Shafie turut merasmikan Bangunan Unit Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas), melancarkan Dashboard JTU serta majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019.
Dalam majlis itu juga beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 kepada 86 kakitangan JTU yang terdiri daripada pelbagai gred seluruh Sabah bagi mengiktiraf sumbangan mereka selama bertugas di jabatan itu.
Ketika diminta mengulas mengenai pencerobohan tanah kerajaan yang didakwa dijadikan penempatan setinggan di Sepanggar, Mohd Shafie berkata perkara itu telah lama berlaku dan kerajaan tidak pernah memberikan tandatangan atau kebenaran kepada penduduk terbabit.
Katanya, pegawai penguatkuasa dari JTU telah diarahkan untuk memastikan sebarang pencerobohan tanah kerajaan ditangani dengan tegas agar ia tidak terus berleluasa. – SabahNewsToday
https://www.sabahnewstoday.com/jtu-lulus-6000-permohonan-tanah-geran-akan-diserahkan-kepada-pemohon-seluruh-negeri/
JTU LULUS 6,000 PERMOHONAN TANAH, GERAN AKAN DISERAHKAN KEPADA PEMOHON SELURUH NEGERI
Isu Semasa, Pilihan Editorial 0 Komen
Oleh Sitti Nor Azizah Talata
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan menyerahkan lebih 6,000 geran tanah yang telah diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) kepada pemohon di seluruh daerah negeri ini dalam waktu terdekat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebahagian lagi permohonan tersebut sedang dalam proses penyemakan oleh pihak JTU negeri.

“Hari ini kita menyampaikan sebanyak 3,547 geran-geran subsidiari (strata) untuk unit-unit kediaman dan komersial di kawasan Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang.
“Seperti yang kita janjikan geran tanah ini penting kepada rakyat yang menuntut sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tanah dan Ukur 2018 di Dewan Serbaguna Wisma Tanah dan Ukur di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedict; Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Pengarah JTU, Datuk Safar Untong.

Mohd Shafie berkata proses kelulusan bagi setiap permohonan tanah sememangnya mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur bagi memastikan status sesuatu tanah yang dipohon itu tidak termasuk dalam senarai pewartaan atau hutan simpan.
“Kita kena meneliti dahulu tanah itu sekiranya tidak berlaku pertelingkahan atau tidak termasuk dalam hutan simpan kita akan pertimbangkan berdasarkan hak yang ada,” ujarnya.

Sementara itu, Safar dalam ucapannya berkata jabatan itu mensasarkan kutipan hasil cukai tanah pada tahun ini berjumlah RM350 juta berbanding RM312 juta pada 2018.
Katanya kutipan tersebut ia diperolehi daripada pelbagai bahagian cukai iaitu tanah, pembangunan dan ukur. – SabahNewsToday
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/582907/3547-pemilik-kediaman-komersial-terima-hak-milik-strata

Mohd Shafie (tengah) hadir pada majlis penyerahan geran subsidiari atau strata kepada seramai 3,547 pemilik unit kediaman dan komersial di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang di Kota Kinabalu. - NSTP/Edmund Samunting
3,547 pemilik kediaman, komersial terima hak milik strata
KOTA KINABALU: Selepas sekian lama menunggu, seramai 3,547 pemilik unit kediaman dan komersial di sekitar bandar raya ini, Tuaran dan Penampang, hari ini menerima geran subsidiari atau strata bagi lot premis masing-masing.
Geran berkenaan diserahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis perasmian Bangunan Pejabat Unit Perkhidmatan Tanah Anak Negeri (PANTAS), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penyerahan Geran Subsidiari, Pelancaran Dashboard dan Jamuan Hari Raya Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah, di sini, hari ini.
Mohd Shafie berkata penyerahan geran pemilikan hartanah itu adalah selaras janji kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pemilikan strata yang dialami pembeli lot kediaman dan komersial di ketiga-tiga kawasan.
Bagaimanapun, katanya geran berkenaan masih atas nama pemaju hartanah selaku pemilik tanah yang membangunkan hartanah terbabit.
“Sehubungan itu, saya menyeru kepada pemaju hartanah ini supaya dapat memindah milik kepada pembeli unit kediaman dan komersial yang terbabit pada tahun ini juga. Saya juga berharap pemberian geran strata juga dapat dilakukan di daerah lain selepas ini,” katanya.
Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Benedick; Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob dan Pengarah JTU Sabah, Datuk Safar Untong.
Antara kawasan yang menerima geran strata terbabit ialah Taman Telipok Ria, Tuaran dan Taman Kepayan Ridge serta Graceville di Kota Kinabalu.
Pada majlis penyerahan hari ini, geran strata terbabit diterima pemaju atau wakil pengurusan.
Selain itu, Mohd Shafie berkata sebanyak 6,889 geran tanah yang dimohon penduduk di seluruh negeri sudah sedia untuk diserahkan pada bila-bila masa.
Permohonan geran tanah terbabit, katanya ada yang sudah berlarutan lebih 20 tahun berikutan banyak proses yang perlu dilalui termasuk dari segi kedudukannya sama ada terletak dalam kawasan hutan simpan atau tidak.
Ketika bercakap kepada pemberita, Mohd Shafie mengingatkan tandatangan sokongan yang diberikan pemimpin termasuk beliau sendiri terhadap surat permohonan berkaitan tanah yang dikemukakan mana-mana individu bukan bermaksud satu kelulusan.
“Walaupun saya tandatangan tetapi itu bukan bermakna permohonan terbabit sudah diluluskan. Ia hanya sebagai tanda sokongan supaya pihak yang berkaitan memberikan bantuan atau perhatian sewajarnya terhadap permohonan itu mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pencerobohan satu kawasan tanah di Kampung Likas, di sini, baru-baru ini mendapat sokongan tandatangan daripada wakil rakyat kawasan berkenaan.
Terdahulu, Mohd Shafie merasmikan Bangunan PANTAS bernilai RM6.9 juta yang akan menempatkan seramai 106 kakitangan yang ditugaskan dalam unit berkenaan khusus untuk menangani masalah tuntutan hak adat anak negeri (NCR) di negeri ini.
Unit berkenaan turut dilengkapi sebuah bas dan tiga van sebagai Pejabat Tanah Bergerak PANTAS untuk memudahkan kerja pemprosesan permohonan di kawasan yang jauh dari Pejabat Tanah.
Pada majlis itu, Mohd Shafie turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada seramai 86 kakitangan JTU dari seluruh negeri dan melancarkan JTU Dashboard, iaitu inisiatif JTU bagi meningkatkan keupayaan urusan berkaitan tanah secara dalam talian.
https://www.sabahnewstoday.com/henti-jual-tanah-mohd-shafie/
https://www.youtube.com/watch?v=ANFT9KIIWA4&feature=youtu.be
https://www.sabahnewstoday.com/jtu-lulus-6000-permohonan-tanah-geran-akan-diserahkan-kepada-pemohon-seluruh-negeri/
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/582909/rm1365-bilion-nilai-urus-niaga-tanah-di-sabah-tahun-lalu
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/07/582907/3547-pemilik-kediaman-komersial-terima-hak-milik-strata
https://www.borneotoday.net/lebih-6000-geran-tanah-akan-dikeluarkan-seluruh-sabah/
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1744050
https://www.borneotoday.net/bersatu-penampang-buat-u-turn-pembinaan-empangan-papar/











Comments
Post a Comment